Kenapa semua yang terjadi ini kepada kita, kenapa bukan orang lain yang merasakannya???
NAMUN, SEBAGAI MANUSIA DAN MASIH BERNAFAS...
"Kau, kalau sekadar cakap bolehlah, memang mudah, kau belum merasai lagi apa yang aku rasa selama ini." - anonymous
- BENAR, SAYA TAHU BERCAKAP ITU MUDAH BERBANDING ORANG YANG MERASAINYA -
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada oranf-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Surah Al-Baqarah (2:286)
memang ia bukan suatu mudah untuk hilangkan rasa kecewa tetapi pasti ada pelangi yang Allah SWT nak berikan kepada kita. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Oleh itu, melepaskan pemikiran yang negatif adalah langkah pertama untuk menjadikan jiwa kita kuat. Jadi, bila kita telah bersedia dengan pemikiran yang positif, InsyaAllah kita pasti boleh mengharungi apa saja perkara yang mendatang.
❸ Kita selalu ada peluang dan pilihan
Bila kita selalu memilih untuk perkara-perkara yang negatif, kita akan temui perkara-perkara yang boleh menghanyutkan dan melemaskan kita dalam dunia masalah.
Namun, bila kita memilih untuk menjadi seorang yang positif, InsyaAllah kita akan punyai beribu-ribu jalan keluar dari masalah yang kita hadapi dan ia akan menjadi suatu sebab untuk kita melangkah dengan penuh senyuman.
Benar, senjata yang paling berkuasa dalam menghadapi stress dan lemah semangat adalah keupayaan kita dalam cara berfikir dengan cara yang tepat.
Sentiasalah melatih minda kita untuk melihat kebaikan dalam suatu perkara. Pemikiran positif bukanlah mengharapkan yang terbaik berlaku setiap masa. Ia berkisar tentang penerimaan kita dalam membuat sesuatu keputusan yang tepat.
Melangkahlah jauh ke depan dengan hati yang redha dan pasrah.
Dihadapan kita ada cinta dan peluang lain yang boleh dicari, dihargai dan diperbaiki.
Terlalu banyak kisah-kisah silam yang tidak dapat dipadamkan. Biarkan ia berlalu, kerana kita selalu berdoa dan berusaha untuk masa depan yang terbaik, selagi masih ada peluang dan Allah SWT mengizikan.
"PERCAYALAH, ALLAH SWT TIDAK PERNAH LALAI"
Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah dan ibrah yang berharga.
Pertama - Kadang, proses patah hatilah yang akan menyedarkan kita, dan membantu kita berfikir, macam mana hubungan kita dengan Allah SWT selama ini. Oleh itu, kita perlulah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Kedua - ingatlah bahawa semua yang berlaku ini, adalah satu perkara yang Allah SWT nak melatih minda kita untuk bersedia menghadapi realiti di masa akan datang.
Sentiasalah bersikap matang, tenang dan rasional.
jangan biarkan kita merasa lemah semangat dan rendah diri walaupun kita merasakan kita telah berputus asa untuk hidup. Ingatlah bahawa rahmat Allah SWT sangatlah besar.
Setiap orang akan lalui pengalaman dan masa silam yang berlainan. Kasih sayang Allah SWT itu ditunjukkan dalam pelbagai cara.
Salah satunya adalah UJIAN.
Setiap yang diuji adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya.
dan ujian sebenarnya bertujuan mendidik untuk melatih jiwa supaya kuat.
ada yang menyenangkan hati kita sehingga membuatkan kita tersenyum apabila teringat.
ada yang menyakitkan hati, ataupun memalukan kita sehingga membuatkan kita merasa resah, rendah diri, sedih bahkan marah dan geram apabila mengenangkan kembali perkara yang berlaku.
Jadikanlah ia sebagai kenangan dan pengajaran buat kita.
Tidak perlu bersedih hati lagi kerana semuanya telahpun berlalu pergi. Jadikan dimasa akan datang, sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.
Jadilah seorang yang kuat.
Usahlah memandang ke belakang lagi, teruskan berjalan ke hadapan walaupun tengah terluka.
Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa ada dekat dengan kita.

Comments
Post a Comment